Kem Kecemerlangan UPSR ini telah dilaksanakan pada 11-12 Jun yang lalu di El-Azhar Camp, Morib. Program yang memasuki tahun ke empat ini menghimpunkan 60 orang pelajar tahun 6 dari sekolah -sekolah dalam kawasan DUN Morib. Program tersebut diisi dengan seminar teknik menjawab peperiksaan, ceramah motivasi, kerohanian dan aktiviti luar yang membantu memperkasa minda pelajar berkenaan. Program yang mendapat sokongan dan bantuan kewangan dari YB Hj Hasiman Sidom, ADUN Morib ini mensasarkan pencapaian 5A dalam UPSR bagi setiap peserta.
Banting, Telok Datok 28 Mei 2009, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Seri Jugra pada 28 Mei 2009 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Dr Haji Puad bin Zarkashi PIS, Timbalan Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada 19 Mei 2009 telah diadakan satu Taklimat Pendaftaran PTK sesi Ogos dan Oktober 2009. Kira-kira 70 orang guru data sekolah telah menghadiri taklimat tersebut di Bilik Mesyuarat Seri Jugra, PPDKL. Taklimat ini di pengerusikan oleh En Zolkefli Bin Johar dan En. Noorhan B. Rusdi. Turut sama di bincangkan pada taklimat tersebut adalah arahan dan prosedur pendaftaran yang meliputi jadual pendaftaran dan juga jadual peperiksaan. Adalah diharapkan agar guru data sekolah membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan calon tercicir.
Banting, 18 Mei 2009 Majlis Perhimpunan Bulanan, Pejabat Pelajaran Daearah Kuala Langat (PPDKL) telah diadakan jam 8.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Jugra 1 yang telah dihadiri oleh Yang berbahagia Dr Haji Zahri bin Aziz, Pengarah Pelajaran Selangor.
Antara aturcara majlis ialah Yang Berbahgia Tuan Pengarah telah menyampaikan ucapan rasmi dan amanat kepada semua pegawai dan kakitangan sokongan PPDKL. Majlis diteruskan lagi dengan perjumpaan Yang Berbahgia Tuan Pengarah dengan semua pentadbir sekolah ( Pengrtua dan Guru besar ) sekolah-sekolah di daerah Kuala Langat.
Semoga dengan pertemuan dan perjumpaan empat mata pentadbir atasan sehingga ke peringkat akar umbi akan memberikan input-input yang berkesan seterusnya perlaksanaan yang mampan dapat dilakukan di peringkat bawahan.
Pemantauan berkenaan yang diketuai oleh Tn Hj Saibudin bin Hj Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bidang Pengurusan Guru Pendidikan Islam Menengah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Selangor. Rombongan yang terdiri dari pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Selangor, PPD Negeri Selangor dan Guru-guru Cemerlang Pendidikan Islam Negeri Selangor telah membuat pemantauan di 14 buah sekolah pelaksana j-Qaf yang terpilih. Dapatan daripada pemantauan berkenaan akan diambil tindakan bagi menambahbaik perjalanan program sedia ada bagi memastikan objektifnya dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.
Banting, 11 Mei 2009. Sekalung tahniah dan penghargaan atas pengiktirafan SK Sri Langat sebagai sekolah kluster yang pertama didaerah Kuala Langat. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan Sk Sri Langat terus maju dan cemerlang di masa hadapan.
PKG Kuala Langat telah berjaya melaksanakan bengkel berkenaan pada 5-7 Mei 2009 yang disertai oleh 69 orang guru media atau pembimbing program NILAM di Pusat Sumber SMK Bandar Banting. Menurut pengarah program berkenaan, En Lazim bin Bangi, bengkel selama tiga hari tersebut telah berjaya menghasilkan 12 modul galakan membaca yang akan disebarkan ke semua sekolah. En Mohamad Yusri Dahrumi, Penolong PPD Pengurusan Akademik pula dalam ucapan perasmian penutupan bengkel berkenaan berharap modul yang dihasilkan ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi melahirkan generasi pelajar yang menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. Beliau juga menyatakan harapan semoga penyebaran modul itu nanti akan dapat membantu daerah Kuala Langat melahirkan pemenang anugerah NILAM pada tahun-tahun mendatang dan pada masa yang sama membantu meningkatkan pencapaikan akademik daerah secara keseluruhannya.
Seramai lebih 500 pelajar sekolah menengah telah menghadiri program berkenaan yang dianjurkan bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat. Program berkenaan telah dilaksanakan pada 7 Mei 2009 2009 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra dan dirasmikan penutupannya oleh Tn Hj Rahimi yang mewakili pegawai Tadbir Agama Daerah. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah En Mohamad Yusri yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah.
Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada 27 April 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Jugra, dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Tn Hj Abdul Talib bin Hamid. Dalam mesyuarat ini, setiap unit membentangkan status persiapan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri yang akan dilaksanakan pada 28 Mei 2009.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian.
Pada minggu ini kita bersama-sama seluruh warga dunia menyambut Minggu "Pendidikan Untuk Semua". Bersempena minggu ini terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga guru, tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi dan agensi latihan dan kemahiran, dan pelajar yang dikasihi sekalian kerana telah berjaya meningkatkan kedudukan Malaysia ke paras yang membanggakan dalam ranking Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua 2009 yang dilaporkan dalam EFA 2009 Global Monitoring Report (GMR) terbitan United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). GMR tersebut menempatkan Malaysia pada kedudukan 45 dalam kategori indeks tertinggi berbanding kedudukan 54 pada kategori indeks sederhana pada tahun 2008.
Jawatankuasa LDP Daerah telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama setiausaha LDP semua sekolah Daerah Kuala Langat. Mesyuarat yang diadakan di SMK Bandar Banting pada 23 April 2009 yang lalu dikendalikan oleh En Mohamad Yusri bin Hj Dahrumi (Penolong PPD Pengurusan Akademik) dan dibantu oleh En Mohd Zaki Mat Salimi (KU Sains Sosial). Dalam mesyuarat berkenaan, penyelarasan prosidur permohonan, pelaksanaan dan pelaporan telah diberikan bagi memastikan program yang pelaksanaannya berasaskan school-base training berjalan dengan sistematik dan teratur.
Port Dickson, 22/04/2009 - 24/04/2009 - Mesyuarat
Penyelarasan dan Bengkel Sistem Operasi KGSK JPN Selangor Bil. 5/2009 telah
diadakan di hotel Le Paris International. Matlamat utama mesyuarat adalah agar
maklumat perbelanjaan guru ganti objek 29000 dikemaskini berkakhir April 2009.
Semoga dengan berakhirnya mesyuarat ini nanti, diharapkan agar segala matlamat
dan objektif mesyuarat akan tercapai.
SMK Jenjarum dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD) Kuala Langat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Langat telah menganjurkan program berkenaan pada 18 Apr 2009 yang lalu. Pelancaran Program Kempen Anda Bijak Jauhi Zina ini telah sempurnakan oleh En Agos Salim bin Hj Sahrom, Timbalan PPD Kuala Langat. Antara pengisian program berkenaan ialah, sesi perkongsian bersama En Mohd Salwani bin Salamon, Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan diikuti dengan Ceramah oleh Pn Yusnani bt Abd Hamid, Pengerusi Raudhatus Sakinah Selangor.
Pengurusan Akademik telah mengadakan mesyuarat berkenaan pada 22 April 2009 di SMK Bandar Banting. Mesyuarat dimulakan dengan taklimat oleh En Mohamad Yusri bin Dahrumi, Penolong PPD Pengurusan Akademik yang menerangkan latarbelakang dan modus operandi pengumpulan data SAPHC. Jurulatih SAPHC, En Noor Hazwan bin Zolkifli pula berkongsi pengalaman bagaimana mengenal pasti masalah dalam pengendalian data SAPHC. Kursus ini dihadiri oleh Setiausaha dan Penolong Setiausaha Headcount daripada 8 sekolah dalam kumpulan berkenaan.
Unit Teknologi dan Vokasional telah mengadakan kursus berkenaan pada 22
- 23 Apr 2009 di PKG Kanchung Darat. Kursus ini telah dihadiri oleh 50
orang guru ICTL tahun 2 dan dikendalikan oleh 4 orang jurulatih ICTL iaitu Pn Siti Sharinah Ishak (SKTPG), Pn Fauzila Roslan (SKSK), Hjh Hendon bt Alian (SKOL) dan En Amiruddin b Sarmiran (SKBL). Kursus ini diharapkan dapat membekalkan pengetahuan yang diperlukan oleh guru yang berkaitan bagi memastikan program ICTL ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Mesyuarat Kajian Semula Perancangan Strategik PPD Kuala
Langat telah diadakan pada 19-21 April 2009 di Allson Klana, Nilai Negeri
Sembilan. Tujuan dan matlamat utama mesyuarat ini diadakan bagi mengkaji semula
perancangan strategik agar memenuhi piawaian yang ditetapkan di Unit Kualiti. Antara
matlamat yang lain agar semakan semula dibuat atasperancangan stragik, pelan tidakan dan pelan
operasi. Semoga dengan berakhirnya mesyuarat ini diharapkan agar objektif dan matlamat
ianya dianjurkan akan terlaksana